INFO KELUARGA

7 Tips Mudah Banyakkan Susu Badan Dengan Cara SemulaJadi

Cara mudah banyakkan susu badan? Semua kita tahu susu ibu ( susu badan ) adalah susu terbaik buat si anak dan ia juga bagus untuk si ibu .  Kolestrom yang  terhasil daripada payudara ibu akan menjadi antibiotik yang baik untuk melawan jangkitan.

.

 

Proses penyusuan adalah salah satu kepuasan bagi seorang ibu .Apabila berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun ia akan menjadi satu kejayaan buat seorang ibu kerana bagi seseorang ibu beliau merasakan ia telah melangsaikan tanggujawabnya buat si anak.

 

Namun begitu ramai ibu mengalami masalah kekurangan susu badan terutama bagi ibu-ibu yang berkerjaya. Hal ini sebenarnya mempegaruhi pelbagai faktor yang dialami oleh si ibu atau persekitaran si ibu .

                    Cara Banyakkan Susu Badan , Set Menyusu Shaklee , Produk banyakkn susu badan ,

Oleh itu si ibu yang mengalami masalah kekurangan susu badan perlu mengenal pasti punca susu berkurangan dan mencari penyelesaiannya bagi yang tersayang.

.

Disini saya sertakan beberapa cara yang boleh di amalkan oleh si ibu bagi memperbanyakkan semula susu badan.


1. PERLU TENANG DAN SENTIASA GEMBIRA

Ya kita perlu tenang . Ramai yang tidak tahu jika kite mengalami tekanan proses penghasilan susu badan akan terganggu . Oleh itu anda perlu tahu bahawa semasa anda bertenang, tindakbalas hormon akan meneutralkan dan membantu dalam pengeluaran susu.

.

Bagi umat islam anda juga boleh mencuba seperti ini ketika sedang mengepam. Cuba pasang lagu-lagu yang tenang seprti muzik jazz atau bacaan Al QURAN .Boleh juga berzikir ketika mengepam susu zikir yang dicadangkan Ya Matin .

.

.

2.PERLU SENTIASA POSITIF

Jika kite terlalu memikirkan akan kekurangan susu yang dihadapi ia akan menarik aura negatif pada penghasilan susu .Perlu diingat dan difahamkan kata-kata atau yang selalu difikirkan akan menjadi satu doa .

.

 

Berfikiran positiflah wahai ibu sekalian. Apabila anda berfikiran positif, otak akan menghantar isyarat ke kelenjar payudara untuk menghasilkan susu yang lebih banyak dan melancarkan pengeluaran susu anda. Sentiasalah berfikir bahawa susu badan anda cukup untuk si comel.

.

3. FAHAMI ILMU “SUPPLY DAN DEMAND”
Ini bukan mata pelajaran ekonomi. Ini adalah tentang susu badan. Namun ia sangat penting, dan kami masukkan sebagai salah satu tips banyakkan susu badan.
.
.
Tahukah anda apa itu ‘supply and demand’?
Para ibu perlu tahu bahawa lebih banyak susu dikeluarkan, lebih banyak lagi susu akan dihasilkan. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘supply and demand’. Susukanlah bayi anda sekerap mungkin.
.
Bayi seharusnya disusukan mengikut kehendak mereka. Tiada waktu dan jumlah susu yang tetap untuk seseorang bayi. Perut bayi sangat kecil semasa lahir dan susu yang diperlukan juga memadai untuk perut mereka.
Susu yang dihasilkan oleh payudara anda sebenarnya cukup untuk bayi anda mengikut umurnya. Jadi jangan bimbang jika bayi kerap merengek walaupun sudah menyusu beberapa kali. Naluri bayi ingin selalu didakap dan dibelai terutamanya oleh ibu mereka. Adakalanya bayi yang merengek bukan mahu menyusu tetapi hanya inginkan bau ibu serta sentuhan kulit ke kulit (skin contact) yang menenangkan mereka. Mereka akan mudah terlena di dalam dakapan ibu.
.
4. PERAH SUSU 
Ini tidak perlu diberitahu lagi. Jika mahu banyak simpanan, kena perah banyak-banyak. Inilah antara tips banyakkan susu badan yang banyak diamalkan oleh ibu bekerja.
Para ibu yang bekerja dan menghantar bayi mereka untuk dijaga oleh pengasuh perlu memerah susu badan untuk diberi kepada bayi semasa ketiadaan ibu. Susu perahan disimpan dengan baik di dalam peti sejuk sebagai stok. Latihlah diri anda memerah susu badan sejak di dalam pantang lagi. Buatlah stok seawal yang boleh.
Ibu yang bekerja disarankan agar memerah susu di tempat kerja. Ambillah sedikit masa untuk memerah susu sama ada menggunakan pam ataupun tangan. Buatlah satu jadual memerah yang ringkas untuk membantu anda dalam proses penyusuan ini. Perahlah susu secara konsisten. Set jam penggera jika perlu. Jadual memerah ini sangat membantu khususnya kepada ibu yang berkerjaya. Memerah susu secara konsisten akan membantu penghasilan semula susu selepas diperah.
Selain dari ibu yang bekerja, surirumah juga digalakkan memerah dan menyimpan stok susu kerana jika berlaku kecemasan terhadap si ibu, bayi masih mendapat susu ibu. Bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’.
.
.
 5. KOSONGKAN PAYUDARA
satu lagi cara adalah sentiasa mengosongkan payudara .Maksud mengosongkan payudara adalah kerap menyusukan bayi dan memerahkan susu badan. Payudara seharusnya tidak perlu dibiarkan membengkak, dan dikuatiri ibu mungkin akan mendapat demam secara tiba-tiba.Jika payudara kosong,susu akan dihasilkan semula dengan cepat dan kembali memenuhi payudara.
Apabila payu dara penuh dan membengkak akan menyebabkan penghasilan susu berkurangan. untuk senang untuk faham ” semakinbanyak ruang kosong dikantong payudara,lebih banyak susu akan dihasilkan .,semakin kurang ruang semakin kurang potensi susu untuk terhasil .
ok faham kan.
.
.
6. BANYAKKAN MINUM AIR MASAK
Jadikan air masak sebagai teman rapat ibu, bawalah bekal air minuman ke pejabat atau kemana sahaja anda pergi .Jika di pejabat anda boleh diletakkan di atas meja supaya senang dilihat dan tiada lagi alasan lupa .
Tidak dapat disangkal lagi bahawa air merupakan elemen penting dalam sistem tubuh manusia.digalakan untuk minum air masak sebanyak 3 liter sehari. Ia amat diperlukkan oleh ibu menyusu kerana ia adalah membantu melancarkan proses penghasilan susu ibu.
.
.
7.SUPPLEMENT
Susu ibu yang pekat adalah susu yang paling berkualiti dan mengenyangkan bayi walaupun kuantitinya sedikit. Di dalam usaha menambah dan memekatkan susu badan, para ibu perlu menitikberatkan makanan perangsang susu badan dalam pemakanan seharian. Makanan perangsang susu badan ini lebih terkenal dengan nama ‘milkbooster’. Terdapat pelbagai sumber makanan dan minuman yang boleh bertindak sebagai ‘milkbooster’.
Setiap ibu akan berlainan ‘milkbooster’ yang diperlukan bergantung kepada kadar hormon masing-masing. Anda perlu mencuba beberapa jenis makanan atau minuman dan menilai tahap penghasilan susu badan anda kemudiannya. Jika anda merasakan payudara seakan cepat penuh, berkemungkinan apa yang diambil sebelum itu merupakan ‘milkbooster’ anda. Setiap ibu biasanya mempunyai lebih dari satu ‘milkbooster’. Selain itu, anda juga boleh mengambil makanan tambahan (supplement) dalam bentuk pil, serbuk atau cecair yang terdapat di pasaran sebagai perangsang susu badan.
.
.

Bagi pengalaman saya sendiri saya cadangkan milkbooster seperti SET MENYUSU SHAKLEE seperti yang dibawah .kami menpunyai beberapa set cadangan mengikut kesesuaian anda .untuk pengetahuan anda saya juga telah berjaya menyusukan anak yang pertama sehingga hampir 4 tahun dan juga saya telah menjalan kan proses tandem bagi anak pertama dan kedua . Anak kedua saya kini telah berusia dua dua tahun 2 .

.

.

milkbooster , set menyusu shaklee , pengedar shaklee kulim , pengedar shaklee ipoh ,
.
Jika anda menghadapi masalah dalam memperbanyakan susu badan dan ingin mencuba milkbooster seperti saya anda boleh menghubungi saya ditalian dibawah .
Nurhafizah zamri | 0164459690
Page | @KitaSihatselalu
Fb | Hafizah Zamri Acik
Instagram | shakleekulim_kakcik

Pengedar Shaklee

 

COD | KULIM | IPOH | SIMPANG PULAI
PENGEPOSAN KESELURUH MALAYSIA , SINGAPORE ,BRUNEI INDONESIA DAN SEBAGAINYA
Setiap pembelian bersama saya, anda layak menerima :

☑️ Jadual pengambilan vitamin
☑️ Tips ekslusif
☑️ Konsultasi percuma berterusan
☑️ Layak dijemput ke group eksklusif di Whatsapp

Tagged , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *