Uncategorized

Resepi Sambal Kering Ikan Bilis Mudah

Hai.selamat membaca entry kali ni. Hari ini kakcik sangat-sangat berbesar hati untuk kongsikan resepi makanan favourite kakcik nih.kalau dah dapat pandang kiri kanan pon tak. Nasi wajib lah 2 3 pinggang sekali. Tak pe jangan risau metabolisma kakcik tinggi susah nak naik kilonya.
Ok resepi hari ini ialah Sambal kering ikan bilis yang sangat mudah dan cepat .10 min pon dah boleh siap.
Jemput baca dan mencuba ya .pasti tidak menyesal .nyummmy ..
Bahan2 untuk di blend
✔Cili kering 10 – 15 biji ikot kepedasan korang.15 ok je pedasnya.Gutning kecik2 untuk buang biji ..kakcik memang tak suka biji boleh memudaratkan. Boleh buasir sembeli .dah satu hal.  Boleh meraung taw bila kena so tak perlu la membahayakan kesihatan. Kita makan untuk hidup bukan hidup untuk makan ya.kalau terlepas tuh pejam mata lah .
✔bwg bsr 2 biji
✔bwg putih 2 ulas
Bahan-bahan untuk digoreng
✔ikan bilis 1 1 /2 mangkuk ikea 
✔kacang tanah 1/2 mangkuk ikea 
* ikan bilis jepun , ikan bilis pangkor atau ikan bilis dari sabah sangat2 direkomenkan sbb nipis dan tak liat, nak yang biasa2 pon boleh cari yang agak nipis harga dalam rm3.2 segram
Tahu sgt korang tanya la mak korang macam mana nak pilih ikan bilis yang terbaik dan murah.mak korang mesti tahu .
Pesanan :
* korang boleh je olah bahan nak goreng nih jadi ikan pari masin ke ikan talang ke .ikot masing2 la taw 
Cara2nya ialah 
💮Tumis bahan blend sampai pecah myk.
(minyak sikit je taw 3 sudu je lebih kurang .
💮 Masukkan : 
● Gula melaka/nisse 2/3 sudu
● Gula pasir 1sb ( ikot suka tapi kakcil tak letak)
Sos cili pon dah manis .
● Garam 1sk 
● Sos cili 1sb
● Sos tiram 1sb
● Kicap manis 1sb
💮 Tumis sampai garing agak kering. Angkat lepas tuh tos kan. Biarkan sejuk seketika. 
( nih sangat penting taw .sbb kalau masukkan panas2 dalam kuah akan jadi lembik tak rangup dah ) 
💮 Dah sejuk baru masukkan ikan bilis kacang tanah goreng. Gaul rata . Hah dah siap .
So bila dah siap korang boleh la makan dengan nasi panas2 Telur goreng mata …perghhhh sedap oiiii .
Pada yang nak bawak untuk travel .packing sikit2 untuk sekali makan dlm plastik ye..lebih mudah kan.kan.kan.
Kakcik pernah bawak menu nih masa travel secara backpack ke tokyo dulu ..ok je masak nasi letak dlm bekas letak sambal ikan bilis lepas tuh makan bila ade stop point ..tapi sehari je buat macam tuh sebenarnya .hehe harinyang lain semua makan siap2 kat rumah dan balik baru makan puas2..masa jalan2 makan onigiri..bawak si hana pulak kan sbnrnya hana ok je makan onigiri 6 hari berturut2 .hahaha sangat2 kagum .. ibu yang over takot tak boleh telan ..kiki
Ok tuh je 
Sekian , 
Lots of love 
Kakcikmanis 
Jadilah pengembara bukan pelancong 
Share jika bermanfaat ..😍😙😘
Kredit pada owner resepi asal dan kemudian di olah.
#jemaahswaf
#sambalikanbiliskering
#homemade
#traveller
#tsunamishaklee
#tsunami2018
#g13
#shakleekulim
#shakleeipoh
Tagged ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *