Uncategorized

Resepi Ayam Masak Halia Berlada

Assalamualaikom ..selamat sejahtera semua . Hari nih lambat sikit la masaknya sebab dah masak nasik goreng pagi- pagi tadi . Ingatkan si anak dara nak makan rupanya dia nak juga nasik putih .
Ok menu hari nih yang kakcik nak share pada awak- awak semua ialah Resepi Ayam Halia Berlada . Kenapa resepi nih jadi pilihan untuk hari ini ..sebabnya nenu nih dah berapa kali lalu lalang dekat wall facebook kakcik . Naik meluat pon hado.haha so kita try la sedap ke tidak yang orang dok sibuk share-share dan share tuh.

Bahan- bahannya 
Ayam separuh potong kecil1 biji bawang besar ( dipotong nipis)3 ulas bawang putih (hiris halus memanjang)2 inci halia (hiris halus memanjang)1 biji cili merah ( dihiris 4 biji cili padi ikot suka nak letak ke tidakBrokoli segengam besar 
☑️ (ikot suka juga) kakcik letak coz malas nak masak sejenis lauk sayur lain pulak. Nih jangan tiru .nanti suami uollss marah pulak .suami ai ok je coz dia request begitu sebab mudah dah jimat masa 
Kicap manis 3 suduSos tiram 3 sudu Minyak masak Lada sulahTepung jagung Garam Gula 

Cara-cara membuatnya 
1. Goreng ayam yang dipotong kecil separuh masak .2. Toskan 3. Asingkan separuh minyak goreng ayam tadi ada 2 bahagian 4. Tumis halia dan bawang putih sehingga naik bau wangi .5. Kemudian masukan ayam yang telah digoreng tadi.gaul rata 6. Masukkan sos tiram,kicap manis,lada sulah dan terus gaul rata 7. Bancuh tepung jagung dengan air kemudian masukkan kedalam kuali dan gaul lagi .8. Selepas semua sebati masukkan brokoli, bawang ,cili merah,cili padi dan berikan rasa seperti garam dan gula.Kakcik tak tambah lain sebab semua dah cukup rasa .9. Cukup masak padam api dan angkat boleh dihidangkan dengan nasik panas..
Sudah pasti nasik bertambah .
Selamat mencuba ya .
Love Kakcik manis | 0164459690Seorang chef amatur buat keluarga tersayang 

Tagged ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *