Buletin Kesihatan

Punca Sakit Jantung Yang Jarang Kita Ketahui.

Seperti yang kita tahu sakit jantung bukan la perkara luar biasa bagi rakyat malaysia malay ia adalah penyakit yang plaing berisiko dan ia juga digelar ” Pembunuh senyap”. Dalam istilah perubatan serangan sakit jantung di panggil “Acute Coronary Syndrome” Tapi perlu la kita semua tahu sakit jantung adalah satu istilah yang umumuntuk mengambarkan sakit oads bahagian dada disebabkan masalah jantung.


Bagi orang awam seperti kita mungkin kita boleh huraikan pada 2 jenis serangan jantung iaitu :
  1. Serangan sakit jantung yang holeh menyebabkan kematian sel jantung (Myocardial infarction)
  2. Serangann sakit jantung yang tidak menyebabkan kematian sel jantung (Unstable angina)

Baca sini : Tanda Sakit Jantung

PUNCA SAKIT JANTUNG 

Kebanyakkan kes serang sakit jantung yang berlaku adalah disebabkan masalah Atherosclerosis iaitu penebalan saluran darah disebabkan terkumpulnya kolestrol dibahagian  tersebut. 90% daripada dari serangan sakit jantung adalah berasal daripada thrombus iaitu Darah Beku.

Thrombus (Darah Beku) terhasil apabila Atherosclerosis plug pada saluran darah pecah . Atherosclerosis plug merupakan benjolan pada dinding saluran darah disebabkan pengumpalan kolestrol padanya. Apabila terdapat benjolan tersebut tekanan pada saluran darah tersebut akan meningkat. Ia boleh diibaratkan seperti empangan.Akan tetapi empangan tersebut lemah, ia akan pecah dan mendedahkan bahagian lapisan dalam dinding saluran darah.
Apabila Atherosclerosis plug tersebut pecah, secara automatiknya ia mencetuskan mekanisma pembekuan darah. Sama seperti luka. Pendarahan akan tetap berlaku tetapi ia dihentikan dengan pembekuan darah. Jika ia terlalu besar , ia akan menutup saluran darah dan menyebabkan kurangnya bekalan darah dan bahagian terlibat.Jika kurang darah, maka kurang oksigen yang sampai menyebabkan sel tersebut mati dan inilah yang menyebabkan bahagian sakit dibahagian dada. SIAPAKAH YANG BERISIKO MENDAPAT SAKIT JANTUNG Faktor risiko boleh dibahagiakan pada dua bahagian iaitu faktor risiko yang boleh di atasi dan dicegah dan yang tidak boleh diatasi.

  • Faktor yang tidak boleh diatasi
  1. Umur : semakin umur meningkat, semakin berisiko untuk menghadapi serangan sakit jantung.
  2. Jantina : Lelaki
  3. Sejarah keluarga : Adik beradik atau ibubapa yang mengalami serangan jantung akan membuatkan kita berisiko.
  •  Faktor yang boleh diatasi 
  1. Merokok : 
  2. Kolestrol tinggi 
  3. Kencing manis
  4. Tekanan darah tinggi
  5. Obesiti
  6. Tekanan perasaan
  7. Amalan cara hidup yang tidak sihat
  8. Type A personality
  9. Bacaan Homocysteine yang tinggi

Senarai diatas membawa kepada berlakunya kepada Atherosclerosis sebelum mengalami serangan sakit jantung.Kajian telah dilakukan dan ia menunjukkan bahawa Atherosclerosis berlaku disebabkan  keradangan ( inflammation) di dalam saluran darah.Penyakit kencing manis, Obesiti, tekanan perasaan, dan suka merokok mempunyai kaitan rapat dengan peningkatan radikal bebas yang tinggi dalam saluran darah. Radikal bebas inilah yang menyebabkn keradangan .

 

PUNCA LAIN BAGI SAKIT JANTUNG YANG MENUNJUKKAN SIMPTOM YANG SAMA

  1. Masalah gastrik
  2. Acute Cholecystitis ( keradangan pundi hempedu)
  3. Acute Pericarditis
  4. Masalah kebimbangan (Anxiety Disorder)
  5. Pneumothorax
  6. Jangkitan paru- paru
  7. Pulmonary embolism
  8. Hipertiroid

KAEDAH UNTUK MENGESAN PUNCA MASALAH SAKIT JANTUNG

  1. Electrocardiogram
  2. Pengambilan Sampel darah
  3. X-ray
  4. Angiografi

(Akan kakcik terangkan di lain entry ya)Punca sakit jantung nih harus lah kita pantau kerana punca-puncanya adalah disebabkan dari amalan kehidupan seharian kita melainkan punca yang tidak boleh diubah seperti umur, jantina dan keturunan. Oleh itu pastika  kita menjaga jantung kita setiap hari dengan amalkan gaya hidup sihat . Selain itu jantung kita Khasiat dan nutrisi yang cukup untuk kekalkan jantung yang sihat .Jika anda nak tahu bagaimana untuk menjaga jantung untuk kekal sihat anda boleh menghubungi kakcik ya .Kakcik ada tips yang bagus untuk bagaimana anda menjaga jantung anda dengan baik dan sihat dan juga dapat mengatasi semua punca-punca sakit jantung yang disenaraikan .

Nurhafizah Zamri – change in your hand

 

 

 

Tagged ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *