Uncategorized

Kuiz : Semak adakah anak anda cukup vitamin & nutrien?

Hai semua ibu-ibu ayah-ayah semua. Macam kita tahu Si Manja yang cerewet dan memilih makanan menang akan membuat kita sebagai ibu bapa risaukan. bimbang tubuh kecil itu kekurangan vitamin dan mineral untuk tumbesarannya.

Okey oleh itu , saya juga sebagai ibu inhin kongsikan kuiz pada anda semua untuk semak adakah anak-anak anda cukup vitamin dan nutrisi .Cuba jawab kuiz yang disediakan ini untuk mengetahui tahap pengetahuan anda dan penyelesaian yang boleh dilakukan 1. Terdapat beberapa jenis sayuran yang lebih baik untuk si manja.O – Betul O – SalahJawapannya : Betul –  Anda perlu tahu bahawa sayur-sayuran yang berwarna terang mempunyai lebih banyak nutrien.– Sediakan buah-buahan dengan mencampurkan beberapa jenis supaya zat yang diserap lebih seimbang 
2. Yang mana satu yang mengandungi kalsium yang lebih tinggi?O – Buah pic O – BadamO – TomatoJawapannya : BadamSumber kalsium tidak terhad kepada produk tenusu sahaja. Tidak mengapa jika anak- anak tidak menyukai susu kerana mereka boleh mendapatkan sumber kalsium daripada Badam, Kacang Putih, Kacang Merah dan Jus Oren.
3. Sarapan yang manakah yang memberikan lebih banyak tenaga untuk si manja? 0 – Bijirin penuh dan buah-buahan0 – Telur hancur bersama-sama sayuran0 – Nasi lemak telur mata
Jawapannya : Telur hancur bersama sayuran – Telur adalah protein yang memberikan tenaga pada si manja bertahan lama.– Pelbagaikan sajian telur si manja supaya mereka tidak bosan .( Kita sendiri pon mungkin akan bosan kan ..kikiki)4. Jika anak saya cerewet memilih makanan, adakah dia akan berhadapan dengan bermasalah kekurangan vitamin? O – Ya O – TidakJawapannya : Tidak– Si manja hanya memerlukan amaun yang sedikit sahaja untuk mendapatkan keperluan vitamin dan mineral yang diperlukannya. Keadaan masih lagi terkawal jika keadaan ini tidak keterlaluan setiap hari. –  Jika si manja anda terlalu cerewat ,anda boleh berikannya Multivitamin. Dapatkan nasihat pakar sebelum memberikan sebarang suplemen.5 . Bagaimana anda memberikannya dan mendapatkan Zat Besi buat si manja ?O – Meletakan potongan tomato di dalam sandwichnyaO – Menghadkan pengambilan susuO – Dua-dua di atas Jawapannya : Dua-dua di atas Zat besi penting untuk penghasilan sel darah merah dan membekalkan oksigen kepada tisu dan organ badan Daging merah, Ikan laut sejuk, telur, sn buah-buahan kering adalah punca zat besi. Berikan mereka bersama vitamin C seperti Brokoli, Tomato, dan Strawberi untuk bantu penyerapan zat besi.
Skor Anda 
4-5 untuk jawapan yang BetulTahniah ! Anda tahu keperluan nutrien yang anak anda perlukan dari A-Z
2-3 untuk jawapan yang BetulOK. Anda tahu apa itu diet untuk anak anda .
1 untuk jawapan yang Betul atau jawapan SalahSila ambil perhatian !Anda perlu lebih banyak mengambil tahu apakah nutrien yang telah anda berikan kepada anak anda .
Semoga bermanfaat untuk semua ya .saya juga masih lagi belajar dan terus belajar demi anak-anak yang diamanahkan .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *