Uncategorized

Kenapa No. Daftar KKM Dan Pelekat Hologram Perlu Dipaparkan?

Apabila jika kita membeli sesuatu supplement kesihatan mahu pon kosmetik kecantikan kita perlulah memastikan sejauh mana produk in mendapat peniktirafan HALAL dan sejauh mana produt ini selamat digunakan adakah ia mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
stiker hologram shaklee sah
Semua produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan dan persediaan tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia. Penilaian terhadap produk perlu dijalankan untuk memastikan keselamatannya kepada orang awam.
Setiap produk yang berdaftar dengan PBKD adalah selamat untuk diambil oleh orang awam. Produk yang berdaftar dengan PBKD mempunyai dua ciri-ciri utama, iaitu nombor pendaftaran dan pelekat hologram yang tulen.  Nombor pendaftaran lazimnya dimulakan dengan ‘MAL’, diikuti dengan 8 nombor, dan diakhiri dengan huruf.
Semua ubat berdaftar mesti mempamerkan nombor pendaftarannya pada label atau pembungkusannya. No. pendaftaran dimulakan dengan huruf ‘MAL’ diikuti dengan 8 digit nombor dan di akhiri dengan huruf-huruf yang menunjukkan kategori pendaftaran produk tersebut iaitu :

Kategori pendaftaran produk:
A – Ubat mengandungi racun terkawal
X – Ubat yang tidak mengandungi racun terkawal /OTC
T – Ubat tradisional
N – Suplemen kesihatan

Semua produk shaklee bermula dengan MALXXXXXNC -N bermaksud suplemen kesihatan dan C bermaksud company berdaftar.


Untuk menyemak senarai produk yang berdaftar dengan PBKD, layari laman web rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di www.bpfk.gov.my
Namun ramai diantara kita masih tidak tahu dan peka terhadap 2 kaedah keselamatan yang telah disediakan sebelum membeli apa-apa juga product yang ada dipasaran.
Kebanjiran produk yang tiada pengesahan dari kkm ataupon produk tiruan kini membuatkan kita semakin sukar mendapatkan product yang berkualit dan juga mengesan secara kasar ketulinannya .
Pentingnya kita tahu dan memastikan No pendataran dan pelekat hologram disetiap produk yang dibeli adalag untuk memastikan ianya selamat , dan bukan tiruan .

Oleh itu dibawah akan ditunjukkan cara bagaimana nak cek no pendaftaran di setiap botol.

Sila ikut cara dibawah : 
1) Layari laman web rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di www.bpfk.gov.my seperti yang tertera diatas .
2. Anda boleh memilih kategori yang diperlukan.
Contoh dibawah : 
Nama product :- Vita C 
Tekan search 
3. Akan dipaparkan setiap vitamin yang di senaraikan sebagai Vita- C .
Lihat No Pendaftaran (warna biru) adakah ia sama dengan no pendaftaran di botol 
sr vitamin c shaklee.
                         
4. Boleh juga mendapatkan semua Detail product ( vita- c ) 

Bagi mengelakkan tertipu dengan produt tiruan pelekat Hologram disediakan untuk memastikan pengguna tertipu dengan membeli produk tiruan. Sesetengah pengeluar, mereka menipu pengguna dengan memaparkan no KKM produk lain kerana pengguna selalunya tidak peka untuk cek no tu.sah atau tidak.Bila melihat MAL xxxxxxx sudah cukup bagi mereka bahawa ianya selapat dah original 

Jadi, KKM mensyaratkan lagi satu prosedur iaitu memohon dan memaparkan pelekat hologram pada botol. Ia adalah pelekat unik dan susah untuk ditiru oleh pihak pengeluar.

Pelekat hologram ni jugak boleh cek ketulenannya. Tapi ia perlu menggunakan alat khas yang hanya ada di farmasi berdaftar sahaja. Untuk info lanjut mengenai pelekat hologram ni korang boleh pergi ke website Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM.

Alhamdulillah ,tamat sudah perkongsian untuk Entry hari in mengenai bagaimana memastikan suplement /produt yang akan digunakan atau yang akan dijual adalah selamat tulin dan tidak memberi kesan negatif pada orang lain .Jadilah sebagai penguna dan penjual yang bijak dan tidak menjadi bahan hasil ketamakan sesetengah orang dan mengambil kesempatan terhadap kesempitan kita .
Jika masih mencari-mencari supplement yang selamat dah telah diiktiraf oleh kementerian kesihatan malaysia dan ketulenannya telan terbukti selamat anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan suplement bermutu tinggi dan juga boleh menjadi pengedar yang sah .

Nurhafizah zamri | 0164459690
Fb | Hafizah Zamri Acik
Instagram | Hafizah _jual_ shaklee
COD | KULIM | IPOH | SIMPANG PULAI

Tagged , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *