Uncategorized

Homeschooling : Aktiviti Di Rumah Apabila Terponteng Sekolah

Hai.Alhamdulillah jumpa lagi kita di entry kali ini. Entry kali ni dibawah tajuk HOMESCHOoLING taw. Lepas nih boleh la follow setiap aktiviti anak-anak syurga saya.

                                       

Dua hari lepas nak dijadikan cerita entah kenapa mood swing si hana mula memuncak sehinggakan beliau tak mahu pergi ke sekolah.Allahu bertabah jela hendak kawal perasaan marah tuh. Abah beliau syukur dah pergi kerja kerana sabtu dan ahad memang giliran saya untuk hantar hana.

Proses memujuk dekat 1 jam tapi masih tak berhasil so saya ambil keputusan untuk tidak menghantar beliau ke sekolah dan biarkan beliau bertenang untuk hari itu.

Saya berfikir jika ponteng kan beliau begitu sahaja beliau akan naik lemak dan menganggap pergi sekolah tak perlukan disiplin so saya lagi ligat berfikir untuk menyediakan aktiviti buat beliau .

                                 

Yes , saya dapat 1 idea iaitu aktiviti mengunting kertas. Walaupon hana belum 4 tahun tapi beliau sebenarnya telah banyak menguasai pelbagai moto skill dengan baik sekali .

Saya mulakan dengan sediakan

1. Sehelai kertas A4 atau pelbagai saiz
2. Marker pen
3. Gunting

Cara-caranya

1. Ambil kertas kosong dan buat garisan secara putus-putus.
2. Buat dengan pelbagai garisan cthnya

    a) Lurus
    b) Beralun
    c) zig zag

3. Kemudian boleh berikan kertas tersebut untuk di praktikkan. Minta si anak mengunting mengikut garisan yang telah di buat tadi .

So senang kan .

Apa lagi anda juga boleh menghasilkannya

Kos bahan – semua yang ada dirumah boleh diguna pakai .

Selamat mencuba!

Love
KC-#kakcikmanis

Hai , terima kasih kerana sudi membaca entry-entry saya.. bagi yang baru mengenali , saya kenalkan diri saya sebagai Founder kepada Jemaah SWAF iaitu salah seorang pengedar shaklee yang sah dan sangat aktif .

Jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin mendapatkan vitamin shaklee buat diri keluarga sahabat atau mencari vitamin tambahan buat anak-anak anda boleh terus menghubungi saya ditalian dibawah :

NURHAFIZAH ZAMRI
FB: Hafiza zamri Acik
Pages : Kita Sihat Selalu
016.445.96.90
Cod di kawasan kulim dah ipoh 
Penghantaran pengeposan di lakukan kepada seluruh malaysia termasuk sabah sarawak,o brunei,  singapore , Indonesia dan sebagainya 
Tagged ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *