Uncategorized

Homemade Nugget Ayam Untuk Anak-anak

Siapa yang tak suka nugget kan tambah lagi kanak-kanak. Yang paling istimewa adlaah nuget sangat cepat disediakan bagi kudapan anak-anak.Tapi sejauh mana kita menjaga pemakanan anak-anak kita tak kan setiap hari nak bagi makanan segera tuh . Dalam kite nampak mudah tapi kite tak sedar bahawa makan frozen itu boleh memudaratkan diri anak-anak kite.Pengambilan makan segera yang kerap seperti nugget sosej fries dan sebagainya boleh mengundang penyakit bahaya dan masa itu tiada apa yang perlu dikesali lagi.

Oleh itu hari ini saya ingin berkongsi resepi bagaimana membuat nugget homemade ianya pasti bebas msg perasa pewarna atau sebgainya. Ia juga sangat sesuai untuk bayi berumur setahun ( ada gigi) dan juga kanak-kanak .

Bahan-bahan

2 ketul isi ayam ( saiz tapak tangan)
1 biji Bawang holand ( bersaiz kecil)
Sayur-sayuran pilihan ( carrot , brocoli )
Oregano
4 ulas Bawang putih (naikkan bau nugget)
Lada hitam sedikit ( pilihan)
Sedikit garam 

Untuk salutan 
Roti gardiner 4 keping
1 biji Telor 

Cara-caranya

1. 4 keping roti tadi dibakar ranggup di daalam oven .

2. Selepas siap di bakar masukkan roti td dlaam pengisar kering dan kisar sehingga hancur (jadi serbuk roti) selepas siap ketepikan 

3. Isi ayam di basuh bersih dan di potong kecil, pastikan kulit habis dibuang kerana ia mungkin akan menganggu proses mengisar.

4. Basuh bersih kesemua bahan2 yang lain juga dan dipotong kecil bg memudahkan mengisar.

5. Masukkan isi ayam , bawang holand,oregano, bawang putih ,garam,sayur-sayuran dan sedikit lada hitam (pilihan) kedalam pengisar kering dah kisar sehingga hancur .

6. Sementara itu sapu kan minyak pada loyang untuk proses mengukus bahan-bahan yang telah di kisar tadi bagi elakkan melekat bila dikeluarkan dari loyang.

7. Kemudian masukan adunan tadi ke dalam loyang dan rata kan seperti di dalam gambar . 

8. Letakkan loyang di dalam pengukus dan kukus sehingga 20 ke 30 minit.

9. Bila sudah siap angkat loyang dan bileh mulakan proses memotong dan menyalut . Pottong mengikut cita rasa anda. Saya potong panjang- panjang sebab senang baby saya pegang.heheh. pukul telur dan celop potongan td di dalam telur  

10. Kemudian salut pula dengan serbuk roti yang telah kita sediakan awal tadi . Dan ia akan terbentuk seperti ini .

11. Sementara itu panas kan kuali dan boleh teruskan mengoreng. Dan siap .boleh dihidangkan dengan cili sos untuk lebih sedap .

p/s : Jika hendak di simpan untuk gorengan seterusnya boleh masukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan di dlm peti ais sejuk beku untuk kekalkan kesegaran .

Ok senang je kan ..selamat mencuba ye ..sebenarnya bukan susah pon jika kita betul-betul menjaga pemakanan anak-anak . Biar susah sekarang jangan susah kemudian hari .

Jemput mencuba . 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *