Buletin Kesihatan

Ketahui 4 Nutrien Penting Untuk Kulit Cantik Berseri

Pernah tertanya-tanya bagaimana sesetengah orang mempunyai kulit yang sihat dan berseri? Tentu lah pernahkan,jenuh pulak memikirkan apa la yang diorang buat sampai cantik macam tu. Kadang- kadang otak jahat fikir mesti operate ni..

Mereka ni selalu je memberikan aura positif dan sihat. Sering kali juga, anda tertanya-tanya apakah yang diperlukan untuk mendapatkan kulit yang cantik, berseri dan juga menawan.

Oleh sebab soalan yang sama berlegar- legar dalam kepala saya, so saya pon cari la apa rahsia mereka selain memakai skincare yang bagus .

Cari- cari punya cari tahu lah jawapannya ..

Ya, jawapannya ialah kulit kita perlukan nutrien yang cukup dah yang terbaik selain skincare yang bagus. Skincare untuk luar je tau, nutrien adalah penjagaan untuk dalam, sangat penting nih.
Di bawah saya kongsikan nutrien-nutrien yang di perlukan oleh kulit muka kita untuk kelihatan cantik berseri . Ada 4 jenis protien yang perlu kita ambil untuk menjaga kesihatan kulit kita iaitu :

Protein yang sihat untuk membina kulit yang sihat dan cantik

Pengedar shaklee kulim

Badan dihasilkan dari protein dan dengan itu, untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:
• Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk fungsi kulit yang optimum.
• Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.
• Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit.
• Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit.
• Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.
Protien yang bagus ialah protien daripada tumbuhan ya.

Yang kedua :

Perlindungan Antioksidaan dengan Vitamin C

Vitamin C, yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas.

• Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.
Walaubagaimanapun, badan anda tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan vitamin C membantu untuk :

• Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.
• Membantu dalam penyembuhan luka.
• Mempertahankan kulit daripada radikal bebas.
Perlu tau vitamin c setiap hari, siapa rasa badan dia dah cukup vitamin c ,beliau sama sekali silap, kan dah tulis diatas tadi badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin c, jika anda yang masih berfikir macam tu maksudnya anda ialah seekor Arnab.Hmmm

Yang ke3

Tingkatkan keanjalan dengan Kolagen 

Kolagen adalah struktur penting untuk kulit anda. Ia mengekalkan keanjalan kulit anda dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. Berita baiknya adalah badan anda boleh menghasilkannya sendiri. Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan anda kepada risiko kulit berkedut dan kendur. Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk:

• Kulit yang lebih anjal.
• Mengurangkan kedutan
• Kulit yang lebih anjal.
• Mengurangkan parut.

Dan yang terakhir

Kekalkan kelembabpan dengan GLA COMPLEX

Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini
berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga:
• Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik.
• Mengekalkan kelembapan kulit.
• Melawan keradangan.

4 Jenis nutrien amat penting dan bagus bagi mereka yang amat menjaga kesihatan kulit untuk lebih cantik dan berseri. Pastikan anda mendapatkan nutrien yang cukup ya.

Untuk info lanjut mengenai Bagaimana mendapatkan 4 jenis nutrien nih secara semula jadi anda boleh menghubungi saya seperti nombor dibawah :

Nurhafizah zamri
Id: 1188628
WhatApp/call : 0164459690

Fb : Hafiza Zamri Acik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *