Buletin Kesihatan, Set Vitamin

3 Jenis Keputihan Semasa Hamil Yang Tidak Normal

 

Keputihan semasa hamil yang tidak normal dari kebiasaan. Ini mungkin tanda jangkitan vagina yang perlu diberi perhatian dan rawatan segera agar tidak beri kesan pada janin kita .

Keputihan semasa hamil sering menjadi perkara yang membimbangkan dan ramai ibu hamil akan tertanya-tanya tentang hal ini. Sebenarnya, keputihan semasa hamil adalah perkara yang normal. Tapi ada setengah keadaan mungkin tidak normal dan juga membahayakan.

Tetapi jika keputihan itu juga disertai dengan gatal-gatal, rasa panas pada kulit semasa kencing, berwarna lain dan berbau kuat, ibu hamil mungkin mengalami jangkitan vagina dan memerlukan rawatan.

Untuk mengetahui lebih lanjut jom kita teruskan membaca untuk mengenal pasti 3 jenis keputihan semasa hamil yang tidak normal dan berbahayakan pada ibu dan  janin

3 jenis keputihan semasa hamil yang tidak normal

 

Keputihan ketika hamil –  1)Bacterial Vaginitis

Walaupun penyebab sebenar jangkitan ini tidak diketahui, tetapi seperti jangkitan kulat yang lain, bakteria akan berkembang dengan banyak di dalam vagina.

Jangkitan ini sering berlaku kepada mereka yang mempunyai lebih daripada satu pasangan atau selalu melakukan hubungan SEKS ORAL

Tanda-tanda: jumlah keputihan semasa mengandung yang banyak, keputihan berwarna kelabu, berair dan berbau hanyir. Tetapi hanya sesetengah pesakit akan menunjukkan kesemua tanda-tanda ini.

 

Keputihan ketika hamil -2)Trikomoniasis

Ini adalah sejenis jangkitan yang disebabkan oleh organisma protozoa dan boleh tersebar melalui hubungan seks.

Protozoa boleh bertahan selama 24 jam di tempat yang lembap seperti tuala basah, atau peralatan mandi lain yang boleh menjadi tempat organisma ini berkembang.

Tanda-tanda: keputihan semasa mengandung yang berbuih atau berbutir putih, kuning atau hijau, berbau dan dalam jumlah yang banyak, disertai dengan keradangan di dalam vagina, air kencing yang banyak dan gatal-gatal.

 

Keputihan ketika hamil – 3)Vaginitis monilia

Adalah normal untuk mempunyai sedikit kulat dalam vagina wanita. Tetapi apabila ibu hamil mendapat jangkitan monilia, kulat ini akan berkembang dalam kuantiti yang banyak sehingga menjejaskan keseimbangan pH di dalam vagina.

Jangkitan ini tidak disebabkan oleh hubungan seks tetapi lebih kepada akibat stress, ubat perancang oral, penyakit kencing manis ketika hamil atau penggunaan antibiotik.

Tanda-tanda: Jumlah keputihan semasa mengandung yang banyak, keputihan berwarna putih dan kenyal, seperti keju lembut, rasa gatal dan rasa panas di vagina.

Jika anda mempunyai masalah keputihan yang tidak normal seperti yang di nyatakan di atas jangan terlalu risau kerana anda boleh amalkan langkah- langkah dibawah .

 

Langkah-langkah penjagaan jika ibu mengalami keputihan semasa hamil

Ibu hamil mesti berhati-hati dengan jangkitan keputihan jenis ketiga iaitu vaginitis moniliakerana. Jika dibiarkan, jangkitan ini boleh menyebabkan bayi lahir pramatang, ketuban pecah awal atau memberi kesan kepada berat badan bayi.

Oleh kerana keputihan semasa mengandung adalah perkara yang normal, ia adalah hampir mustahil untuk menghilangkan keputihan sepenuhnya.

Jika anda sedang mengalami keputihan semasa mengandung yang tidak normal, dan  menunjukkan tanda-tanda seperti di atas anda perlu segera berjumpa dengan doktor untuk pengesahan yang tepat.

 

Ibu hamil boleh mengurangkan peluang berlakunya jangkitan akibat keputihan semasa hamil yang tidak normal dengan cara-cara berikut:

 

  • Jagalah kesihatan, makan makanan yang berzat dan dapatkan rehat yang cukup
  • Jaga kebersihan kawasan vagina dan pastikan ia sentiasa dalam keadaan kering
  • Gunakan seluar dalam yang diperbuat dari kain kapas
  • Lapkan vagina dari depan ke belakang
  • Elak dari menggunakan pantyliner dengan pengharum
  • Hanya mengambil ubat yang selamat mengikut sukatan yang betul
  • Elak dari melakukan hubungan seks sehingga jangkitan vagina sudah sembuh. Jangan garu dan jangan cuci vagina dengan menggunakan sabun.
  • Ibu hamil boleh juga amalkan vitamin dan supplement bagi mengurangkan keputihan akibat jangkitan .

     

Kebaikan setiap vitamin dalam Set Keputihan Hamil :

Vitamin c :

Penting di dalam sistem imune.

Bcomplex :

Kekurangan vitamin  B menyebab kan infensi vagina

Garlic Complex :

Antibiotics semula jadi dan membunuh kulat

Anda mempunyai masalah keputihan semasa hamil yang tidak normal?

Boleh berikhiber dengan Set Keputihan Hamil Shaklee . Ianya selamat dan diperbuat daripada bahan semulajadi dan ianya pasti bukan supplement sintetik .

Jika berminat boleh menghubungi saya di talian 016-4459690 atau lebih mudah lagi whatsApp terus dengan klik gambar dibawah .

Atau

Anda juga boleh membuat belian secara online dengan mengunakan kad kredit/kad debit. Selepas pembelian anda harus menghubungi saya semula untuk mendapatkan konsultasi percuma seumur hidup untuk semua pelangan saya . 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *