Uncategorized

19 Tanda Sakit Jantung Yang Perlu Kita Ketahui

Cara mengatasi serangan jantung ,Pengedar Shaklee Kulim, Pengedar Shaklee Ipoh , Pengedar Vivix Shaklee

Sakit jantung sudah terlalu sinonim dengan rakyat malaysia. Sakit jantung adalah antara 10 penyakit yang paling bahaya di Malaysia dan ia adalah disenarai paling atas sekali berbanding penyakit lain.
Serangan sakit jantung berlaku apabila terdapat kerosakan pada otot jantung, ekoran daripada pengurangan pengaliran darah yang membawa oksigen dan nutrien kepada sel-sel jantung. Biasanya bermula apabila terdapat satu plak bekuan kolesterol yang tertanggal daripada dinding saluran darah dan tersangkut pada bahagian kapilari darah yang lebih sempit dan akhirnya menyebabkan pengaliran darah tersumbat.

Apabila sel-sel otot jantung kurang bekalan makanan dan oksigen, ia akan menjadi semakin merosot dan akhirnya mati dan berhenti berfungsi. Keadaan seperti itu akan menyebabkan serangan sakit jantung secara tiba-tiba.

Oleh itu anda seharusnya mengetahui apakah tanda-tanda lain bagi sakit jantung selain  mengalami sakit dada atau sesak nafas kerana sakit jantung boleh menjadi penentu antara hidup dan mati.

19 TANDA SAKIT JAMTUNG YANG PERLU KITA KETAHUI

1. Lidah atau gusi jadi sakit dan bengkak , berkemungkinan jantung kita mempunyai masalah lemak yang berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat .

2. Kebas kaki tangan kiri dan juga lengan. – Jik sakit anda berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat.( Wanita – kedua- dua belah tangan)

3. Lidah terasa tegang dan pendek.

4. Sakit di bahagian dada ( ulu hati sedikit je sebelah kiri) – terasa seperti dada dihempap oleh benda berat.

5. Rasa seronok teruja atau bimbang tiba-tiba. (Bahaya nih sebab mungkin tidak perasan sama sekali) namun sakit dada seperti tajam dan mencucuk  selalunya bukanlah serangan sakit jantung

6. Sakit akan merebak dari dada ke pada tangan, lengan,tengkok,belakang obdomen,dan rahang

7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh dan rasa pedih

8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau rasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.

9. Kepala rasa berpusing

10.Keletihan sepanjang masa

11.Loya dan tiada selera makan

12.Nafas rasa pendek

13.Degupan jantung tidak menentu

14.Berpeluh secara tiba-tiba walaupon sedang berehat

15.Bengkak pada bahagian sendi-sendi dikaki dan di obdomen

16.Keadaan paling hampir dengan serangan jantung adalah keletihan dan tidak bermaya yang teruk

17. Rahang tidak selesa – merasakan ketengangan di dalam dan di sekitar bahagian bawah rahang, ia boleh merebak dari dada ke bahagian rahang.

18.Leher rasa terbakar – terasa seperti tercekik atau panas seperti dibakar.

19.Sakit bahu- Rasa sakit di dalam atau disekeliling salah satu atau kedua-dua belah bahu.

BILAKAH MASA YANG SESUAI UNTUK BERJUMPA DOKTOR?

  1. Anda yang berumur <40 tahun dan mempunyai lebih daripada satu risiko penyakit jantung
  2. Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit jantung di usia muda
  3. Sakit yang kuat
  4. Sakit dada apabila melakukan aktiviti
  5. Rasa sakit yang merebak ke bahu ,lengan, rahang, dan belakang badan 
  6. Rasa sakit  yang lebih teruk dari sebelumnya.
  7. Sakit yang berterusan selama 15-20minit
  8. Sakit yang berubah sifat – kerap

CARA MENANGANI SAKIT JANTUNG KETIKA BERSEORANGAN 



Terdapat banyak kes sakit jantung berlaku apabila mangsa berada dalam keadaan berseorangan , jantung tidak akan berdegup dengan stabil dan mangsa akan mula rasa hendak pitam dan pesakit mangsa mempunyai masa 10 saat sebelum pengsan.
Namun mangsa boleh membantu diri sendiri 

  • Batuk berulang kali secara kuat dan  berterusan.
  • Tarik nafas dalam-dalam sebelum batuk dan batuk mestilah dalam dan keadaan seperti hendak membuang kahak.
  • Menarik nafas dan batyk ini mestilah diulang setiap 2 saat tanpa henti sehingga bantuan datang atau denyutan jantung kembali normal
  • Tarik nafas yang dalam akan membawa oksigen ke dalam paru-paru dan batu berfungsi untuk mengepam jantung dan pastikan darah terus mengalir dengan baik
  • Batuk juga membantu untuk memberikan tekanan pada jantung dengan secara normal. Dengan cara ini mangsa serangan jantung mampu dan berupaya ke hospital dengan sendiri .

Jika anda mempunyai lebih dari satu senarai tanda-tanda sakit jantung seperti diatas saya sangat berharap anda segera ke hospital untuk dapatkan rawatan.

Jika sekali anda telah mendapat serangan jantung anda mungkin meningkatkan lagi peratus serangan jantung pada anda lebih kerap lagi .

Cegah lebih baik dari mengubati.

Moga perkongsian saya akan memberi manfaat pada semua.

Untuk mengetahui Cara Atasi sakit jantung tanpa ubat atau Ketahui bagaimana menjaga jantung sihat .


Anda boleh menghubungi saya : 

Nurhafizah zamri : 1188628

Call/whatsApp : 0164459690
Facebook : Hafiza Zamri Acik
Pages : Kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *